Mahathir beri amaran kepada Marina pasal BERSIH



Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baijk, atau kahwin sesama lelaki itu baik.”
Anak Sungai Derhaka

The Malaysian Insider

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger