Mona sering berpakaian cantik dan seksi serta berdandan sepanjang perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris.
Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian cantik.
Jawapanny agak laser, katanya dalam sinis : "Yalah, takkan
hendak telanjang pulak." (Ambil kau, kena sebiji).
Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan
sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.
"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang
tengok," katanya dari trak polis yang membawanya ke Penjara
Kajang.
Pada hari itu, Mona seperti pada hari dijatuhkan hukuman,
kelihatan riang dan ketawa dengan anggota polis yang berada di situ.
Bomoh itu sempat juga bergurau dan mengucapkan selamat
tinggal kepada anggota polis di balai itu.
Mona dan suaminya, Affandi serta Juraimi, didapati bersalah
mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum gantung
sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Mereka didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan di rumah
tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada
Julai 1993.
MONA sentiasa kelihatan bergaya
Mona sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua orang
sambil berkata: "Saya sayang orang Malaysia. Terima kasih."
Ditanya perasaannya yang menjadi pesalah dan bukan lagi
tertuduh katanya: "Saya sama saja dari dulu. Orang tengok pun
macam itu."
Sebelum trak polis meninggalkan perkarangan Balai Polis di sini
untuk ke Balai Polis Raub mengambil Juraimi, Mona sempat
berpesan: "Jangan tulis bukan-bukan. Saya tidak suka apa
saya katakan ditokok tambah. Jangan tulis sebarangan, jangan
buat cerita." (Kena sebiji lagi)
Apa yang dibawa Mona ke penjara? Aku nampak lima bungkusan plastik mengandungi pakaian dan alat solek Mona dan suaminya Affandi.
Itu cerita Mona, lain pula cerita Affandi. Aku ingat peluang untuk bercakap dengannya buat kali terakhir tidak kesampaian. Apa tidaknya, ketika sibuk memburu Mona, Affandi sudah masuk ke dalam trak untuk ke Penjara Sungai Buloh.
Tapi, kata orang kalau ada rezeki, tak ke mana. Ketika trak itu hendak beredar dari balai polis, Affandi berteriak dan memanggil aku.
Dia tahu aku wartawan, mana tidaknya, aku duduk di depan dia setiap hari perbicaraan. Tapi, dia tak tahu nama aku.
JENAZAH Mona dan Affandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.
Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurna dan dikebumikan pada hari sama.
Jenazah Modan dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.
Jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung
Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
Al-Fatihah- Amin....
Posting Komentar