21 256 MyKad Di Sarawak Belum Dituntut


KUCHING – Sebanyak 21,256 MyKad masih belum dituntut di di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak seluruh negeri, sehingga hari ini.

Menurut kenyataan akhbar JPN Sarawak, isu MyKad tidak dituntut merupakan masalah utama yang dihadapi agensi berkenaan.

Bagi mengatasi masalah ini, JPN negeri menghantar senarai nama pemegang MyKad tidak dituntut setiap tiga bulan ke Pejabat Residen selain membuat hebahan menerusi radio tempatan.

Selain dua kaedah itu, JPN negeri turut menghantar senarai nama pemegang MyKad tidak dituntut kepada pemimpin dan ketua masyarakat sekiranya pemohon tidak membuat kutipan MyKad selepas tiga bulan dari tarikh permohonan.

“Dalam usaha untuk memudahkan pemohon mendapatkan MyKad dalam masa satu hari berbanding 30 hari dari tarikh permohonan, Pusat Cetakan MyKad teragih diwujudkan di JPN Miri dan JPN Sri Aman, manakala di JPN Sibu, pusat berkenaan akan memulakan operasi Oktober ini,” kata JPN. – BERNAMA

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger