Klip di bawah memperlihatkan pergaduhan yang tercetus di Johor pada 24 Mac lalu.Marah betul penduduk setempat dengan perangai Nepal tak sedar diri.Mamat Nepal yang muat naik klip tu sudah pusing cakap orang Malaysia saje-saje serang dan lagi real, siap cakap 11 orang kena bunuh…wah wah…tambah lauk tak ingat punya.Paling mengecewakan ada jugak komen orang tempatan yang menyebelahi kumpulan Nepal itu.Bukan hendak kata apa yang dibuat masyarakat kita tu betul, tetapi mat mat Nepal tu memang cari nahas la bila pukul orang kita lepas mabuk. Berikut adalah petikan berita Bernama mengenai kejadian berkenaan yang disiarkan pada 26 Mac lalu;Polis menahan empat lelaki, dua daripadanya rakyat Nepal kerana terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja rakyat asing di Blok 20, Taman Cendana, dekat Pasir Gudang, di sini, kelmarin.Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, 11 warga Nepal dan seorang remaja lelaki tempatan cedera dengan warga asing berkenaan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini dan remaja itu menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.Katanya, pergaduhan itu berpunca apabila sekumpulan pekerja Nepal yang dipercayai mabuk bergaduh dengan remaja lelaki berusia belasan tahun itu dan bapanya, di sebuah kedai berhampiran asrama itu.“Remaja itu sebelum itu dipercayai cuba menegur kumpulan pekerja asing terbabit kerana mabuk sebelum dia dan bapanya dipukul. Pergaduhan kemudian berlanjutan apabila kedua-duanya yang tidak berpuas hati membawa sekumpulan lelaki tempatan ke asrama itu lalu bergaduh dengan kumpulan pekerja Nepal terbabit sehingga mencetuskan rusuhan,” katanya.Asrama terbabit menempatkan kira-kira 200 pekerja asing yang bekerja di tiga kilang berhampiran, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-206 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.Beliau berkata polis turut menemui kayu dan batu di tempat kejadian. SUMBER
Posting Komentar