Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan

Amaran Perang Ke Malaysia Dari Barisan Pembebas Moro MNLF


MANILA - Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.
"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.

"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami, tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

"Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

"Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya," katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di sini.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu.

Misuari berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000 orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.
 
Namun, beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota MNLF.

"Mereka (anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.

"Saya tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.

Misuari pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan Filipina.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah.

Aquino menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso (RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke Lahad Datu.

Menurutnya, keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah.

Aquino menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani rawatan dialisis. - Agensi
0 komentar

Amrin Belanja K Pop dari kantung kerajaan

Malaysiakini Okt 8 2013
   
Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai.
0 komentar

Masakan katak hidup mengerikan dari jepun Agak kejam

12 Jan 2013


Hidangan Katak Hidup Yang Kejam Dari Jepun. Forg Shasimi, nama Masakan Katak Hidup Mengerikan ini, yang disajikan di Restorant Asadhaci Tokyo, Jepun. Katak ini bukanlah Katak China yang biasa menjadi Sajian Makanan di Rumah Makan Seafood. Ukuran Tubuhnya jauh lebih besar dibandingkan katak china, Katak jenis Bullfrog ini dipesan dan didatangkan langsung dari Afrika. 

Katak atau nama bekennya Kodok ini, ketika dihidangkan masih dalam keadaan hidup-hidup. Hingga bila ada pelanggan yang memesannya, Katak ini akan dan dipotong dari belakang dan dilongseng, Paha hingga Kakinya. Sementara bahagian dalamnya dibuang dan Bagian Kepalanya masih utuh dan segar. 

Saat dihidangkan ke dalam mangkuk, Mata Katak ini tampak berkedip dan Tubuhnya masih terlihat bergerak..hii Seraam Kan!!. Sahabat anehdankonyol.com biar gak penasaran lihat videonya dibawah ini :
  anehdankonyol
0 komentar

Kisah Menakjubkan Dari Seorang Lelaki yang Bergelar “Ayah Abad Ini”

Oleh : Iqbal Vetra
[UNIKNYA.COM] Kisah penuh inspirasi ini menceritakan tentang  seorang ayah yang mengikuti lumba triathlon dengan menyertai anaknya, 13 tahun, yang mengalami kelumpuhan otak. Dia bertekad menuntaskan lumba tersebut bersama  puteri tercintanya, untuk melewati beberapa rintangan lumba di darat maupun di perairan.

Rick Van Beek & Madison (sumber: blogspot.com,uniknya.com)

Hebatnya, ia berhasil melewati lumba bersama puteri kesayangannya, Madison, dengan ketahanan, kegigihan, dan kesayangannya pada anaknya  . Inilah yang membuat ramai orang menggelarnya Rick Van Beek sebagai “ayah abad ini.”

Ia dan Maddy ambil bahagian dalam perlumbaan Sanford and Sun Sprint Triathlon di hari Minggu. Bersama-sama mereka menyelesaikan rintangan yang cukup sulit, diantaranya berenang sepanjang 0.3 batu , 12.4 batu bersbasikal dan 3.1 batu berjalan.

Van Beek, 39 tahun, mengatakan kepada Berita Harian Midland, bahawa dia ingin menyelesaikan lumba bersama puterinya yang tidak dapat berjalan atau berbicara. Hal ini ia lakukan demi menghibur puterinya yang senang berada di alam terbuka.

Maddy didiagnosa mengalami kelumpuhan otak dua bulan setelah ia lahir.
“Dia seperti anak berusia 3 bulan, dan salah satu kegemarannya adalah saat sedang menikmati udara di luar, berada di dalam air, merasakan angin di rambut dan wajahnya,” kata Van Beek.

Rick Van Beek & Madison (sumber: blogspot.com,uniknya.com)

“Dia selalu memberiku inspirasi dan motivasi. Kecintaanku padanya tidak akan pernah pudar… Dia adalah hatiku dan saya adalah kakinya. Meskipun suatu hari nanti ia tidak akan tumbuh dengan fisik yang normal, tapi aku tenang bersama denganya.” begitulah ucapnya. (**)
Sumber : dailymail.co.uk, uniknya.com,
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger