Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label 21. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 21. Tampilkan semua postingan

21 256 MyKad Di Sarawak Belum Dituntut


KUCHING – Sebanyak 21,256 MyKad masih belum dituntut di di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak seluruh negeri, sehingga hari ini.

Menurut kenyataan akhbar JPN Sarawak, isu MyKad tidak dituntut merupakan masalah utama yang dihadapi agensi berkenaan.

Bagi mengatasi masalah ini, JPN negeri menghantar senarai nama pemegang MyKad tidak dituntut setiap tiga bulan ke Pejabat Residen selain membuat hebahan menerusi radio tempatan.

Selain dua kaedah itu, JPN negeri turut menghantar senarai nama pemegang MyKad tidak dituntut kepada pemimpin dan ketua masyarakat sekiranya pemohon tidak membuat kutipan MyKad selepas tiga bulan dari tarikh permohonan.

“Dalam usaha untuk memudahkan pemohon mendapatkan MyKad dalam masa satu hari berbanding 30 hari dari tarikh permohonan, Pusat Cetakan MyKad teragih diwujudkan di JPN Miri dan JPN Sri Aman, manakala di JPN Sibu, pusat berkenaan akan memulakan operasi Oktober ini,” kata JPN. – BERNAMA
0 komentar

21 Maut Akibat Taufan Ganas Di Selatan China


BEIJING – Seramai 21 orang dilaporkan maut apabila angin taufan paling kencang membadai selatan China, kata pihak berkuasa hari ini.

Taufan berkenaan turut menyebabkan beratus-ratus jadual penerbangan dibatalkan, menjejaskan perkhidmatan perkapalan dan kereta api serta menerbangkan kenderaan.

Kematian yang dilaporkan berlaku di wilayah Guangdong apabila Taufan Usagi melanda petang semalam selepas mengganas di hab kewangan HongKong.

Terdahulu, taufan itu membadai di Taiwan dan Filipina yang mencatatkan dua kematian.

Pejabat wilayah Guangdong berkata, 13 daripada 21 orang yang mati ialah di bandar Shanwei iaitu kawasan paling terjejas akibat bencana alam itu. – AP
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger