JIKA para jutawan muda menunjukkan kekayaan mereka dengan menayangkan timbunan wang, kereta mewah dan parti-parti yang dihadiri para selebriti, seorang pemuda Arab di Teluk Persia menggunakan cara yang lebih ‘ekstrem’.
Sama ada anda menganggap ia sebagai perbuatan berani atau bodoh, Humaid AlBuQaish mungkin tidak akan ambil peduli dengan sebarang pandangan itu.
Mengambil pendekatan menggunakan binatang buas seperti singa dan harimau bintang sebagai simbolik kepada kekayaannya, dia kerap memuatnaik gambar ‘bermesra’ dengan haiwan itu melalui laman Instagramnya.
Bayangkan saja, seekor singa putih boleh dijual dengan harga lebih RM100,000 di sana! Jika AlBuQaish memiliki binatang buas ini dalam jumlah yang banyak, itu sudah cukup menunjukkan kekayaannya.
Apapun, ramai yang mengkritik perbuatannya yang dikira berbahaya kerana binatang buas sememangnya amat sukar dijangka kelakuannya.
Jangan sampai jadi makanan binatang peliharaan sendiri sudahlah…
Oleh: ELZA
Posting Komentar