Pemuda PAS akan isytihar harta Tahniah

Harakahdaily

Anis Nazri, 09 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pengisytiharaan harta membabitkan kesemua exconya walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pengisytiharaan harta itu akan dilakukan pada muktamar pemuda di Kelantan 15 November ini.

Bagaimanapun perkara tersebut katanya hanya akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, ucaptama Ketua Pemuda  dan buku muktamar akan diedarkan lebih awal dari tarikh muktamar, iaitu dua minggu sebelum muktamar bagi memastikan perbahasan yang lebih bermutu dan dapat dihadam oleh perwakilan.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger