Video Mohon Maaf RTM Isu Logo PDRM


VIDEO berikut merupakan permohonan maaf dari stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan dalam program berita pukul 12.00 malam tadi di saluran TV1.

Ia berikutan kesilapan menyiarkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu berita berkaitaj Ops Cantas yang tertulis sebaliknya iaitu Polis Raja Di Malaysia.

Pembaca berita Kamal Firmansyah, membacakan permohonan maaf itu dan siaran TV1 turut menyiarkan semula logo PDRM yang sebenar.

Video itu dimuatnaik di laman YouTube di saluran dragnosta dan beliau merakam ketika permohonan maaf itu disiarkan.

Terdahulu, kami memetik entri di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ) yang menulis berkenaan kesilapan itu hari ini.

Menurut AAKJ mungkinkah, sudah ada tangan-tangan nakal yang berkiblatkan pembangkang sudah ada bekerja di dalam RTM maka lebih mudah mereka melakukan kerja-kerja jahat di RTM?

Penulis berharap akan ada siasatan terperinci dan segera dilakukan ke atas isu ini dan ia jangan dipandang ringan kerana RTM merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia dan mempunyai reputasi besar sebagai penyebar maklumat kepada rakyat.

Menurut blog AAKJ kakitangan RTM yang dikatakan terlibat dalam kesilapan itu sudah pun digantung kerja selama dua minggu.


Oleh : KUMBANG WIRA

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger