Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label serang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label serang. Tampilkan semua postingan

Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah


  • Malaysiakini  Mac 5 2013
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.

Misuari nafi dakwaan

InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.

NONEMisuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".

Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.

Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.
0 komentar

Anonymous Ajak Hacker Seluruh Dunia Serang Israel

Anonymous Ajak Hacker Seluruh Dunia Serang Israel
Anonymous Ajak Hacker Seluruh Dunia Serang Israel - Tel Aviv : Sekumpulan penggodam dikenali sebagai Anonymous didakwa bakal melancarkan serangan terancang terhadap Israel mulai 7 April ini.
Untuk menjayakannya, Anonymous meminta penggodam di seluruh dunia bergabung dan menyertai gerakan #OpIsrael itu.
Menurut Anonymous, misi mereka ialah ‘menghapuskan Israel dari dunia Internet’.
Kenyataan dikeluarkan oleh Anonymous menyebut, penggodam bersetuju bersatu untuk menentang Israel dan rejim Zionis itu dinasihat supaya bersedia untuk ‘lenyap’ dari dunia maya. “Ini bukan dilakukan seorang atau sepasukan penggodam, sebaliknya diusahakan pelbagai gerakan penggodam seluruh dunia,” kata kumpulan itu.
Anonymous berkata, operasi #OpIsrael itu akan mencatat sejarah sebagai serangan siber terbesar pernah dilakukan ke atas sesebuah negara. Menurut mereka, berdasarkan senarai yang dikumpulkan, sebahagian besar daripada penggodam terbabit berasal dari Timur Tengah. Sementara itu, akhbar Haaretz melaporkan, kerajaan memandang serius ancaman berkenaan.
Pegawai kanan hal ehwal Internet Israel, Ofir Ben Avi berkata, kerajaan sedang mempersiapkan pertahanan bagi menghadapi serangan berkenaan. “Ia berbeza daripada serangan siber sebelum ini kerana penggodam di seluruh dunia bergabung menyerang kami,” katanya. – Agensi
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger