Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan

Keluarga Meroyan! Rita Rudaini VS Ayu Raudah dalam Twitter


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi83fjjFqMUCWl4-rwyqqekIJ-S7cOGqKLudwMyeaISADCzfJBbZVCI__jqPQZpNkRqKAioZXvs2C31APCK1m6IdrSMp813wcQZyCbccMgtWjKfwaao4ZNV65IZ7kNBKJsMTpysRdDOU5Q/s320/Rita-Rudaini-Komen-Isu-Hamil-Ayu-Raudhah-ROTIKAYA.jpgSememangnya Twitter adalah tempat untuk meluahkan perasaan bagi sesetengah orang. Kalau anda orang biasa, tak ada siapa peduli dengan kata-kata penuh emosi anda. Namun kalau anda seorang selebriti seperti Rita Rudaini, pastinya setiap tweet yang dihantar boleh menimbulkan persoalan.
Susulan kenyataan daripada Ayu Raudhah yang ingin berehat untuk mendapatkan cahaya mata, Zaquan Adha telah menganggap Rita Rudaini meroyan melalui status updatenya di Twitter. Walaupun tweet Rita Rudaini tidak dinyatakan secara khusus ditujukan kepada sesiapa, nampaknya Zaquan dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Rita.
Walaupun dicop meroyan oleh Zaquan di dalam Twitter, Rita Rudaini membalas dengan menyatakan Zaquan yang sebenarnya meroyan. Makin mendalam konflik keluarga ini sebenarnya.
Kalau dah sampai bab-bab begini, tak perlu rasanya diterbitkan menerusi dunia Twitter atau Facebook. Lagi-lagi kalau anda seorang selebriti. Ramai mata yang memerhatikan anda. Mungkin Rita ada sebabnya tertentu dan memang tiada tempat lain untuk meluahkan isi hatinya.
[sumber]

0 komentar

Hospital Selayang Cari Ahli Keluarga Pesakit



KUALA LUMPUR – Hospital Selayang sedang mengesan ahli keluarga seorang pesakit lelaki yang kini berada di wad hospital tersebut.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedar diri oleh orang ramai pada 3 September lalu.

“Dia yang berusia lingkungan 40-an ditemui tanpa memiliki pengenalan diri di deretan kedai berhampiran Balai Polis Batu Caves dan dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 11.18 pagi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siti Zaleha berkata, orang ramai yang mengenali pesakit tersebut diminta menghubungi Ketua Jururawat atau Penyelia Hospital di talian 03-6126 3333.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Lala blogs - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger